Tuesday, April 19, 2011

Airmata buat Ibu Tersayang

Salam to all AMF reader…

Mlm nie Anis nak share pengalaman Anis masa majlis akad nikah…. rase dah tibe masa dan dah ready nak reveal perasan Anis masa tu buat anda semua especially buat yg belum merasainya…

1 month before wedding Anis rase mcm nak lari rumah… takut… dah 30 tahun hidup single tibe2 nak kawin rase lain mcm beb! serious… dah la Anis jenis tak reti duduk rumah so mmg rase mcm nak lari rumah… sbb takut commitment…

Of coz dlm hidup kita.. kita nak yg terbaik utk diri kita… jadi masa tu rase mcm2… adakah kawin yg terbaik buat masa ini? kes suami curang byk gila anis nampak… suami kawin lain… padahal isteri baik gila…. so how about my life?

i came from broken family…. mak dan ayah bercerai masa Anis darjah 1…. duduk dgn nenek for a few months.. sbb masa tu mak tak kerja… so tak mampu nak bela anak.. (kami 5 beradik)

jadi mmg dari kecik dah nampak ketabahan mak menjaga anak seorang diri…

mmg Anis takut nasib Anis akan jadi mcm mak.. mak baik.. tapi dapat suami yg tak mengahargai…

tapi mak tabah jaga kami berlima…. hidup susah…. mak berniaga tepi jalan (air tebu…. goreng pisang)…

kami 3 org dapat masuk asrama…. alhamdulllah.. tak la kata kami berjaya menjadi CEO… tapi jadi manusia berguna….

jadi masa tu Anis takut semua yg mak alami akan jadi pada diri Anis…. but takkan nak cansel kawin kan? tak boleh la.. kene teruskan..

i remember my untie said

“ kawin nie mcm gamble… kita akan teke akan menang (predict card kita- calon suami… ) kalau rase kad teruk jgn teruskan( jgnkawin)… kalau rase kad lawa teruskan… kalau masa main, ada org yg lebih pandai dari kita menang maknya rezeki tak ada sbb kita dah cuba yg terbaik”

Ada betulnya apa yg untie Anis cakap..maybe tak la 100% betul… tapi mmg masuk akal…

then Anis teruskan utk kawin dgn Hanafi

HA1_293

Masa nie dah nikah.. Anis cuba tahan dari menangis….. gelak tapi air mata dah bertakung nak terkeluar… tahan… tahan….

 

HA1_311

Tak tertahan Anis masa mak membacakan ayat “serah anak”

HA1_320

Masa nie mak pun tak tertahan sebak….   HA1_330

inilah Ibu Anis… Hajjah  Noraini Mohd Isa yg bersusah payah besarkan kami 5 beradik…. Anis bangga ada ibu segigih begini…..HA1_341

“ibuku…. terima kasih kerana mendidik aku dgn didikan agama, menjadikan aku insan yg berguna… jasamu takkan aku lupakan selagi hayat dikandung badan…..”

HA1_343 “Ya Allah… ampunkalah dosa ku serta dosa ibubapaku, dan kasihanilah meraka seperti mana mereka mengasihani ku di waktu kecil” HA1_350  brutal2 pun…masa nie mmg tak boleh nak bendung dah perasaan sedih

HA1_401

tak tertahan rase hati masa ini... rase terpisah dari ibu bila diri bergelar “ISTERI”

HA1_404  Anis mmg anak yg nakal… tapi Anis tahu kasih sayang mak mmg tak berlah bagi….

HA1_409

Anis tahu mak sebak masa ini… tapi anis happy sbb mak suka dgn Hanafi….

Anis nasihatkan anda semua ( yg belum kawin) agar kawinlah dgn restu ibubapa anda supaya anda akan rase aman dan dapat keberkatan dlm rumahtangga InsyaAllah

HA1_430

 

Selepas bergelar Isteri… :) Alhamdulillah….

HA1_454

with all the bridemaid… Thanks to Iz, Aidura, Amal, Hajar, Linda, Kz dan Mar yg sudi jadi pengapit Anis… jasamu amat aku hargai HA1_477

Anis akhiri entry yg sgt bermakna buat Anis kali nie dgn gambar yg paling Anis suka….

Semoga bakal pengantin akan lebih tabah, sesungguhnya pernikahan itu tidaklah menakutkan…. malah ia indah….

Kepada yg sudah berumahtangga… Anis doakan agar rumahtangga anda lebih sejaghtera hendaknya….

kepada yg masih bercinta…. “ think simple.”

2 comments:

ummi 'iffah on April 25, 2011 at 11:58 AM said...

dalam hati mesti ada taman gak kak anis

Anis Hartini Haron on April 25, 2011 at 4:54 PM said...

hehehe mesti :)

 

Anis Magic Fingers Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez