Thursday, December 10, 2015

Apa yg akan anda dapat dari Speech Terapi

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kali ni Anis nak berkongsi sedikit info tentang apa yg Anis dapat semasa sesi Speech Terapi (ST) .

Bagi yang tak tahu, saya recap balik. Saya ada anak perempuan umur 3.5 tahun dan sedikit lambat bercakap. Setelah membuat beberapa ujian Irdina ( anak saya) bukan autism dan mengalami masalah bercakap. Biasa la too much you tube or gadget.
Jadi kami dinasihatkan utk mengantar Irdina 6 bulan dgn ST. refer sini https://www.facebook.com/notes/anis-hanafi/speech-delay/1007882845935933

Setiap ST yg Irdina jalani adalah 1 jam (pls jgn lambat sbb nanti rugi masa) anak akan bermain dgn alatan dan di ajar org Speech terapist utk bercakap.
let say sesi 1 jam, ST akan menghabiskan masa 45 min utk bermain dan bercakap dgn anak kita dan selebihnya kita akan diajar untuk mengajar cara yg betul untuk mengajar anak kita bercakap.

Saya sgt teruja setiap kali sessi sebab setiap kelas saya akan diberi input utk dipraktiskan di rumah utk membantu anak saya sepanjang seminggu sehingga sessi pada minggu berikutnnya.

Selepas 4 sesi saya lihat ada perkembangan positif pada Irdina dan Alhamdulillah saya bersyukur atas perkembangan ini.

Ramai rakan yg whatsapp dan pm saya utk tanya tentang harga sesi terapi ini, jujur saya katakan saya tidak tahu sbb saya menggunakan GL tempat suami saya berkerja.
InsyaAllah saya akan merisik harga pada minggu hadapan. Maybe pihak hospital boleh beri estimate cost. maybe...
kalau ada nanti saya akan update di FB saya ok.

Sebagai rumusan,.. ST ini sgt membantu kita utk mendidik anak kita bercakap dgn cara betul bagi ibu2 yg mengalami anak2 yg lambat bercakap seperti saya.

Apa yg diajar...? fuh nak tulis 3 hari 2 mlm blom siap entry. Kalau ada kelapangan saya akan buat entry utk share info lagi ok

Buat masa ini.. ini saja yg sempat saya tulis, ini pun irdina dah busy kacau saya ni.
OK babai
take care dan jgn lupa pergi borong buku kat BIG BAD WOLF





0 comments:

 

Anis Magic Fingers Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez